Disney kini nampaknya sedang dalam proses untuk menyelarikan penjenamaan kesemua studio-studio televisyen yang diambil-alih olehnya sebelum ini.

Tiga nama terbesar yang akan melihat penjenamaan semula secara besar-besaran termasuklah 20th Century Fox TV, Fox 21 Television Studios dan ABC Studios.

Untuk 20th Century Fox TV, syarikat tersebut akan dijenamakan semula sebagai 20th Television, Fox 21 Television Studios kepada Touchstone Television, manakala ABC Studios akan disatukan dibawah jenama ABC Signature.

Untuk 20th Century Fox, ia dilaporkan bahawa pembuangan jenama “Fox” daripada nama studio adalah salah satu daripada perjanjian untuk pengambil-alihan daripada pihak Disney. Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini, studio filem 20th Century Fox sudahpun dijenamakan semula sebagai 20th Century Studios.

Menurut beberapa laporan, penjenamaan semula ini akan diperlihatkan tidak lama lagi melalui pelbagai siri televisyen yang sedang keudara di muka televisyen di Amerika Syarikat.

Sohor Kini