Beberapa bulan lalu, ia telah dilaporkan bahawa Inuyasha, siri anime dan manga klasik hasil penulisan Takahashi Rumiko akan menerima sambungan siri baru yang dinamakan Hanyo no Yashahime.

Secara ringkasnya, jalan cerita Hanyo no Yashahime ini menceritakan tentang anak perempuan kembar Sesshomaru, iaitu Towa dan Setsuna yang terpisah apabila mereka masih kecil.

Towa tercampak ke zaman moden Jepun dan kemudiannya membesar disana selama 10 tahun, sebelum menjumpai cara untuk kembali semula ke zaman feudal Jepun. Dalam pada itu, anak perempuan Inuyasha, watak utama siri sebelum ini dan Kagome, iaitu Moroha menyertai adik-beradik tersebut untuk mencorak langkah pengembaraan mereka sendiri.

Sunrise, studio animasi yang cukup popular di Jepun untuk siri anime Mobile Suit Gundam mereka sekali lagi akan membawa siri ini ke kaca televisyen, dan baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah video acah baru untuk siri anime Hanyo no Yashahime ini.

Melalui video acah ini juga, mereka mengumumkan bahawa siri anime ini akan keudara di stesen televisyen Jepun Yomiuri TV an Nippon TV pada setiap hari Sabtu bermula 3 Oktober kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=5WFp2_L4WVg&t=5s

Sohor Kini