Metronomik dan Sold Out hari ini mengumumkan yang mana setiap pra-tempahan edisi fizikal bagi permainan No Straight Roads yang akan tiba 25 Ogos 2020 ini, akan menyertakan kod muat-turun khas muzik latar permainan tersebut.

Menurut Metronomik, terdapat 21 muzik latar yang akan disertakan yang mana ia terdiri daripada pelbagai pemuzik terkenal dan salah satunya ialah komposer tempatan Falk Au Yeong.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut dan membuat pra-tempah untuk menerima muzik latar tersebut secara bersama.

No Straight Roads akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Epic Games Store pada 25 Ogos 2020 ini. Anda juga boleh mencuba demo permainan ini secara percuma melalui Epic Games Store. Informasi lanjut berkenaan permainan ini boleh di baca di sini.

Sohor Kini