Sucker Punch mengumumkan kemaskini baharu untuk Ghost of Tsushima yang akan tiba kepada pemain bermula sekarang. Bagi anda yang memiliki permainan tersebut, ia sepatutnya sudah dimuat turun secara automatik jika anda membuka tetapan tersebut.

Kemaskini tampaknya memfokuskan kepada tahap kesukaran, tidak kira bagi anda yang merasakan ia terlalu mudah ataupun terlalu sukar;

  • Tahap Kesukaran Lethal : Serangan penjahat dan pemain lebih berkuasa, penjahat lebih agresif, penjahat dapat mengesan dengan lebih cepat dan menyingkatkan peluang untuk anda menghalang dan mengelak.
  • Mod baharu “Lower Intensity” pula melakukan yang sebaliknya, serangan akan lebih untuk dihalang, penjahat juga tidak akan menyerang semasa menggunakan penyembuhan, dan memberi lebih ruang untuk menyorok.

Selain itu mereka juga menyertakan kemaskini untuk sari kata, antaranya ia boleh lebih diperbesarkan sebanyak 150%, tidak menyertakan nama watak dan juga boleh menggunakan warna kuning, biru, merah dan hijau.

Ghost of Tsushima telah dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Sohor Kini