Hanya dua musim siri animasi Ejen Ali disiarkan bermula pada tahun 2016, mereka sudah mempunyai filem pertama pada tahun lepas. Filem ini memecah panggung dan menjadi filem pilihan nombor satu dan turut mendapat keuntungan lebih RM30.8 juta. Terkini, filem ini telah tersenari dalam 16 calon terakhir dari 350 filem yang bertanding untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik di Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards yang berlangsung di Itali.

Bukan itu sahaja, filem Ejen Ali The Movie turut mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara, ASEAN Film Week 2020 yang berlangsung di Hanoi, Da Nang dan Bandar Ho Chi Minh di Vietnam. Acara ini dianjurkan bersempena pelantikan Pengerusi Persatuan Negara-negara  Asia Tenggara (ASEAN) 2020, dengan tujuan memelihara nilai-nilai teras negara ASEAN melalui karya-karya kreatif.

Ini adalah satu kejayaan hebat dari Wau Animation, yang mana secara tidak langsung menjadikan Ejen Ali sebagai salah satu animasi berkualiti tinggi yang layak bertanding dengan animasi luar. Mana tahu, suatu hari nanti akan ada rezeki untuk bertanding di peringkat Hollywood? Sama-sama kita doakan kejayaan mereka dan ucapan tahniah Wau Animation dari kami di Aksiz.

Sohor Kini