Skip to main content

Pada penghujung bulan ini, Transformers akan kembali ke asal-usulnya sebagai sebuah siri animasi dibawah naungan Netflix melalui siri animasi Transformers: War For Cybertron Trilogy – Siege.

Dianimasikan oleh studio animasi Rooster Teeth yang terkenal untuk siri animasi dan permainan RWBY, siri Transformers: War For Cybertron Trilogy ini mengambil ilham rekaan daripada siri Transformers Generation 1.

Melalui video acah yang diperlihatkan, pihak Autobots yang diketuai Optimus Prime bertarung dengan puak Decepticons yang diketuai Megatron untuk kebebasan planet Cybertron.

Menariknya, video tersebut juga memperlihatkan Megatron telahpun memiliki Allspark, iaitu sumber hidup semua makhluk di Cybertron, dimana sesiapa yang memilikinya mempunyai kuasa untuk mengawal minda mana-mana pihak.

Jalan cerita War For Cybertron juga dilihat jauh lebih gelap dan getir berbanding mana-mana siri animasi ataupun filem yang diperlihatkan sebelum ini, dengan Optimus Prime dilihat dalam keadaan serba-salah dan hampir mengalah tentang hala tujuan perang tersebut, dan askar-askar jagaannya.

Transformers: War For Cybertron Trilogy – Siege akan disiarkan di Netflix pada 30 Julai ini.

Leave a Reply