Skip to main content

My Friend Pedro ialah sebuah permainan penembak platformer keluaran Dead Toast Entertainment yang hadir untuk semua platform permainan popular dimana anda mengendalikan watak penembak yang dihasut oleh sebiji pisang bercakap yang bernama Pedro.

Hari ini, ia telah diumumkan bahawa Legendary Television, DJ2 Entertainment dan 87North Productions akan membangunkan sebuah siri televisyen komedi berdasarkan permainan tersebut.

Apa yang menarik mengenai adaptasi ini ialah ia akan diarah oleh gandingan penulis dan pengarah siri filem John Wick, iaitu Derek Kolstad dan David Leitch.

Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai plot siri televisyen My Friend Pedro, kecuali setiap episod adalah sepanjang 30 minit, dan ia akan dipasarkan sebagai sebuah siri televisyen komedi untuk penonton 18 tahun keatas.

Leave a Reply