Les’ Copaque ialah sebuah studio animasi tempatan yang cukup dikenali ramai untuk siri anmasi Upin & Ipin, Puteri dan lain-lain.

Mereka juga memiliki sebuah laman YouTube yang kini mempunyai lebih daripada 10 juta langganan baru-baru ini yang merumahkan pelbagai jenis video keluaran studio animasi tersebut.

Malah, laman YouTube Les’ Copaque merupakan laman pertama di Malaysia yang mempunyai 10 juta langganan, dan baru-baru ini, telah dianugerahkan dengan Diamond Play Button oleh pihak YouTube.

Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque untuk pencapaian tersebut, dan diharap mereka terus melakar kejayaan di masa hadapan dengan siri-siri animasi mereka.

Leave a Reply