Batman vs. Superman: Dawn of Justice adalah filem pertama dalam DCEU yang memperlihatkan dua watak utama DC dalam satu filem, iaitu Batman dan Superman. Ia juga adalaj kesinambungan kepada filem Man of Steel, secara tidak langsung mewujudkan dunia DCEU. Dalam filem ini, Batman bencikan Superman kerana Superman adalah makhluk asing yang mengakibatkan orang ramai mati apabila bertempur dengan General Zod. Dalam filem ini juga pembantu Batman yang terkenal, iaitu Robin disahkan mati dan jelas kelihatan beliau telah dibunuh oleh Joker.

Joker dalam DCEU adalah Jared Leto, yang mana tidak dinafikan adalah Joker yang paling hambar. Tahukah anda, identiti Robin dalam dunie DCEU ini kekal misteri dan peminat sentiasa berdebat adakah itu Dick Grayson atau Jason Todd? Zack Snyder dan David Ayer telah mengesahkan yang Robin yang mati dalam dunia DCEU adalah Dick Grayson bukannya Jason Todd. Perkara ini sudah pun dibongkar beberapa tahun lalu, yang mana sehingga hari ini masih membuatkan peminat keliru. Kenapa Dick dan bukannya Jason seperti dalam komik? Kita sudah tahu yang, jika komik diadaptasi menjadi filem – akan ada beberapa perubahan yang dilakukan. Jadi, idea Zack adalah Robin versi Dick yang mati dibunuh oleh Joker. Pendapat peribadi saya, dunia komik dan dunia filem berbeza – jadi apa pun boleh berlaku.

Adakah akan ada petanda yang lain, penampilan khas atau lain-lain dalam DCEU mengenai kematian Robin Dick Grayson ini? Menurut Zack, Robin dalam dunia DCEU akan kekal mati sehinggalah wujudnya watak Carrie Kelley, iaitu Robin versi wanita. Kita juga tidak tahu apakah perkara baru lain yang akan diperlihatkan dalam filem Justice League potongan Snyder, mungkin akan ada petanda mengenai Robin atau ada penampilan khas watak Carrie – apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini