Hari ini ialah hari yang cukup gelap bagi peminat video dan audio di Malaysia. Speedy Video Distributors Sdn Bhd mengumumkan penutupan Rangkaian kedai Speedy Video dan Movie Magic yang menjual medium fizikal video serta audio di Malaysia . Pada waktu ini 14 rangkaian di kedai seluruh negara sedang melakukan jualan penutupan dengan penawaran harga yang menarik.

Tujuh cakera Blu-Ray misalnya ditawarkan pada harga RM35 sahaja untuk tajuk terpilih. Penutupan hanya melibatkan rangkaian kedai yang menjual media fizikal sahaja dan tidak melibatkan operasi pengedaran filem serta TV mereka. Speedy Video telah beroperasi sejak 1989 dan pernah suatu ketika mempunyai 90 rangkaian kedai video yang merupakan yang terbesar di Malaysia.

Pengumuman hari ini adalah agak menyedihkan kerana proses mencari media fizikal akan menjadi sukar terutamanya filem serta siri tempatan yang tidak ditawarkan pada platform penstriman antarabangsa. Selamat tinggi Speedy Video dan terima kasih untuk memori.

Leave a Reply