Studio Ghibli ialah studio animasi Jepun yang dibangunkan oleh pengarah tersohor Hayao Miyazaki. Ia cukup terkenal untuk filem-filem animasi seperti Spirited Away, Mononoke Hime, Grave of The Fireflies dan sebagainya.

Sebahagian daripada keunikan filem-filem ini ialah animasinya dilukis secara tradisional dan menggunakan teknologi CGI (Computer Generated Images) secara minima.

Aya and The Witch ialah filem akan datang Studio Ghibli, dan ia nampaknya akan menjadi filem pertama mereka yang akan dianimasikan secara sepenuhnya dengan teknologi CGI.

Sama seperti beberapa filem mereka sebelum ini seperti Howl’s Moving Castle dan Tales of Earthsea, filem ini adalah berdasarkan sebuah lagi novel kanak-kanak, iaitu Earwig and The Witch.

Menariknya, Aya and The Witch akan ditayangkan terus ke stesen televisyen di Jepun pada musim sejuk kelak, dan bukan ke pawagam wayang seperti filem-filem mereka sebelum ini, mungkin akibat wabak COVID-19 yang sedang menular.

Sohor Kini