Dunia perfileman sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih apabila legenda Bollywood Rishi Kapoor meninggal dunia hari ini pada usia 67 tahun. Kematian beliau disahkan oleh Amitabh Bachan menerusi ciapan akaun Twitter beliau sebentar tadi.
Rishi Kapoor menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Mumbai dipercayai akibat kanser. September tahun lalu beliau kembali ke Mumbai selepas menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat sejak setahun yang lalu.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon did alam filem arahan bapa beliau Mera Naam Joker pada tahun 1970. Status beliau sebagai bintang dan penyambung dinasti Kapoor mula dilihat selepas filem Bobby ditayangkan pada tahun 1973. Filem Bobby dan lagu-lagu yang diketengahkan sehingga kini dianggap klasik oleh peminat filem-filem Hollywood.
Walaupun sudah berusia, beliau masih lagi aktif berlakon dengan filem terakhir dalam proses pasca produksi ialah The Intern. Ini ialah filem olahan semula The Intern lakonan Anne Hathway dan Robert DeNiro dengan Rishi berganding dengan Deepika Padukone.


