Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang The Last of Us Part II yang tertunda sebelum ini akan dikeluarkan pada 19 Jun 2020, manakala Ghost of Tsushima yang sepatutnya dikeluarkan pada 26 Jun 2020, ditunda ke 17 Julai 2020.

Menurut mereka lagi, keputusan tersebut dibuat setelah melihat keadaan pengedaran global beransur pulih.

Dengan kedua-dua permainan masih tidak siap dibangunkan, mereka juga menghargai usaha yang diberikan oleh pembangun iaitu Naugty Dog dan Sucker Punch untuk menyiapkan kedua permainan tersebut dalam keadaan yang sukar sekarang.

Leave a Reply