Jika anda seperti saya, membesar dengan siri-siri televiysen dari Jepun seperti Jetman, Power Rangers dan Kamen Rider (anda mungkin mengenalinya sebagai Kesatria Baja Hitam), anda pastinya mengenali siri Tokusatsu, iaitu siri televisyen yang menggabungkan rekaan kostum busana menarik, efek-efek praktikal dan juga CG.

Toei ialah syarikat perfileman yang bertanggungjawab untuk siri-siri tokusatsu yang dipertontonkan sekian lamanya, dan kini, mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan mula melancarkan sebuah laman YouTube mereka sendiri pada bulan April kelak.

Laman web tersebut akan dibuka pada 16 April dimana mereka akan mula memperkenalkan 70 tajuk siri tokusatsu yang diudarakan sejak 1960-an dengan sarikata bahasa Inggeris. Apabila dibuka, dua episode pertama semua siri-siri ini akan boleh ditonton oleh peminat-peminat di seluruh dunia, dimana ia akan dikemaskini dengan episod-episod baru setiap minggu.

Diantara siri-siri tokusatsu popular yang akan tiba termasuklah JAKQ, Space Cop Gavan, Space Cop Sharivan, Kyoryu Sentai Zyuranger, dan juga anime robot seperti Mirai Robo Daltanious, Tosho Daimos dan Chodenji Machine Voltes V.

Laman YouTube Toei Tokusatsu World Official sudahpun dibangunkan, tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, kandungan hanya akan dimuatkan bermula 16 April kelak.

Sohor Kini