Untuk pasaran tempatan, Netflix Malaysia tiba dengan pilihan filem-filem dan siri kartun Disney dan Marvel yang cukup besar. Filem-filem seperti Toy Story, Wreck It Ralph, siri filem Avengers dan pelbagai filem-filem adiwira Marvel yang lain boleh biasanya boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman tersebut.

Hari ini, apabila kami membuka laman web Netflix, kami sedar bahawa terdapat beberapa filem yang disimpan didalam senarai simpanan kami telah hilang, dan kebanyakannya adalah filem-filem dari Disney ataupun Marvel.

Sewaktu kami menulis artikel ini, filem-filem dari Disney yang tinggal di Netflix Malaysia termasuklah The Princess and The Frog, Maleficent, Bolt dan A Wrinkle In Time, manakala dari Marvel pula hanya Black Panther, Spider-Man: Far From Home dan siri gabungan Marvel dan Netflix yang boleh ditonton di Netflix.

Sebelum ini, filem-filem yang kami nyatakan di perenggan pertama boleh ditonton melalui Netflix Malaysia tanpa masalah, tetapi kini nampaknya tajuk-tajuk tersebut, dan banyak lagi sudah tiada lagi di senarai tontonan platform tersebut.

Apabila kami bertanya kepada pihak Netflix, jawapan yang diberikan kepada kami adalah bahawa terdapat kebarangkalian bahawa lesen untuk menayangkan filem-filem tersebut sudah atau hampir tamat, melalui laman web FAQ mereka.

Adakah ini juga mungkin bermakna bahawa perkhidmatan penstriman Disney sendiri, iaitu Disney+ akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi?

Adalah agak jarang untuk Netflix memadam tajuk-tajuk popular pada pertengahan bulan dan tanpa memaklumkan pengguna, kerana biasanya mereka akan hadir dengan senarai filem dan siri televisyen yang akan masuk dan keluar pada satu-satu bulan.

Leave a Reply