Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Terakhir “Black Widow” – Kisah Silam Natasha Terbongkar

Ini Adalah Video Acah Terakhir “Black Widow” – Kisah Silam Natasha Terbongkar

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Di antara filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War, berlakunya satu kisah yang berkait rapat dengan Natasha Romanoff atau lebih dikenali sebagai Black Widow. Natasha berdepan dengan musuh bernama Taskmaster yang mempunyai kebolehan menyalin kebolehan/kepakaran pesaing. Filem ini berjudul Black Widow dan akan ditayangkan kepada seluruh dunia 1 Mei 2020.

Hari ini Marvel telah menerbitkan video acah baharu, yang turut merupakan video acah terakhir bagi filem ini sebelum ia ditayangkan. Filem ini akan membongkar rahsia kisah silam Natasha Romanoff. Menurut video acah tersebut, Natasha sebelum menjadi Black Widow untuk pasukan Avengers – beliau mempunyai banyak musuh ketika berada di Rusia. Dalam video ini juga, kita dapat tahu serba sedikit agenda Taskmaster. Taskmaster dilihat telah memanipulasi sekumpulan orang dan mereka melakukan aksi-aksi yang tidak disedari.

Jadi, Black Widow sebagai seorang adiwira berganding bahu dengan adik beliau dan juga Red Guardian. Sinopsis penuh masih tidak diberikan oleh Marvel. Video acah juga pasti kita semu tidak boleh percaya! Marvel setiap kali ada filem yang besar, video acahnya pasti memperdayakan penonton.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan tayangan filem ini pada 1 Mei 2020 kelak.


TIPS & ULASAN