Skip to main content

MGM dan Universal hari ini mengumumkan tayangan untuk filem seterusnya bagi siri James Bond iaitu No Time to Die akan ditunda ke bulan November berbanding tarikh asal iaitu pada bulan hadapan. Ia akan tiba pada 12 November di UK, secara global sekitar tarikh tersebut dan di Amerika Syarikat pada 25 November 2020.

Mereka mengambil keputusan tersebut selepas melihat keadaan pasaran wayang secara global yang terkesan akibat wabak koronavirus (covid-19). Walaupun mereka boleh memilih untuk mengeluarkannya di beberapa tempat yang tidak terkesan, tetapi mungkin ia satu keputusan perniagaan yang lebih baik untuk menundanya.

No Time to Die mungkin filem terawal yang mengumumkan penundaan, tetapi kami menjangkakan ia bukan yang terakhir. Filem seperti Mulan akan ditayangkan pada akhir bulan ini, buat masa ini diperkatakan yang ia mungkin ditunda di China tetapi tidak disahkan untuk pasaran global.

Leave a Reply