Rockstar Games minggu ini mengumumkan Grand Theft Auto V yang dikeluarkan pada 7 tahun lepas merupakan permainan paling laris untuk dekad lepas menurut laporan NPD Group. Selain itu berdasarkan laporan, Tubular Labs, permainan tersebut juga menerima interaksi paling tinggi untuk bulan ini, ia adalah berdasarkan seperti “likes” dan “komen” di media sosial.
Mereka juga mengumumkan yang Red Dead Redemption 2 yang dikeluarkan pada tahun 2018 merupakan permainan paling laris untuk 4 tahun lepas, dan Red Dead Online juga mencapai jumlah pemain tertinggi pada bulan Disember lepas selepas kemaskini Moonshiners dikeluarkan.
Untuk menyambut pencapaian ini, Rockstar telah mengumumkan pelbagai ganjaran untuk pemain GTA Online dan Red Dead Online.
Pemain GTA Online akan menerima mata wang digital sebanyak GTA$2 juta dengan sekadar bermain sebelum 5 Februari 2020. Pemain juga boleh mendapat GTA$ 1 juta dengan bermain di antara 6 Februari sehingga 12 Februari.
Manakala untuk pemain Red Dead Online, pemain akan menerima 2 hadiah iaitu;
- The Gunslinger’s Cache – Pemain yang bermain daripada 28 Januari sehingga 3 Februari akan mendapat Schofield Revolver, Varming Rifle dan berkas The Devastating Ammo
- The Bounty Hunter’s Kit – Pemain yang bermain daripada 4 Februari sehingga 10 Februari akan mendapat lesen Bounty Hunter, 25 x Bolas dan 25 x Tracking Arrows
Jika anda pemain mana-mana ataupun kedua-dua permainan ini. jangan lupa untuk bermain agar tidak terlepas ganjaran ini.
GTA V dan Red Dead Redemption 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.