Informasi Permainan Video Terkini
Monsta Akan Beri Fokus Penuh Kepada Siri Animasi Papa Pipi & Mechamato Pada Tahun 2020

Monsta Akan Beri Fokus Penuh Kepada Siri Animasi Papa Pipi & Mechamato Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Dis 29, 2019 oleh .

Hanya beberapa sahaja lagi tahun 2019 akan berakhir dan tahun 2020 bakal bermula. Untuk tahun 2020, Monsta akan hadir dengan siri animasi baharu – Mechamato. Bagi yang mengikuti perkembangan Monsta, Mechamato adalah kisah bapa kepada BoBoiBoy dan ia adalah prekuel. Namun, tiada jalan cerita penuh, sinopsis atau video acah yang dikongsikan lagi.

Beberapa hari lepas, pihak Monsta telah menerbit video “Monsta 2020 – A New Era”. Video ini memperlihatkan perancangan mereka untuk tahun hadapan. Menurut CEO Monsta, Nizam Razak – tahun 2020 mereka akan memberi fokus penuh kepada siri animasi Mechamato dan Papa Pipi. Kemudian, siri animasi BoBoiBoy Galaxy S2 akan diterjemah dalam bentuk komik. Apa yang menarik dalam video ini adalah, buat pertama kalinya klip Mechamato diperlihatkan. Kita boleh lihat dengan jelas seorang remaja terjumpa robot kecil dan menjadi rakan. Secara tidak langsung boleh berubah menjadi robot, seperti Iron Man.

Dari segi visual ia dilihat amat menarik. Tidak dinafikan yang ia mungkin akan menjadi siri animasi hebat seperti mana BoBoiBoy menjadi pujaan hati ramai orang.


TIPS & ULASAN