Skip to main content

No Time To Die adalah filem ke-25 James Bond yang bakal ditayangkan pada tahun 2020. Nama pendeknya adalah Bond 25. Filem ini juga merupakan filem terakhir lakonan Daniel Craig sebagai James Bond dan kelas di masa hadapan akan ada pelakon lain yang akan menggantikan beliau. Bond 25 ini juga adalah filem kelima James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig. Filem No Time To Die ini juga merupakan filem paling penting Daniel Craig sebagai James Bond. Tetapi kenapa?

Dari Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre semuanya akan berkait dan ditamatkan dalam filem Bond 25 ini. Filem ini akan mengembalikan Ralph Fiennes sebagai M, Naomie Harris sebagai Eve Moneypenny, Ben Wishaw sebagai Q, Christoph Waltz sebagao Ernst Stavro Blofeld, Léa Seydoux sebagai gadis Bond Dr. Madeleine Swann dan Jeffrey Wright kembali sebagai Felix Leiter. Terdapat tiga watak baru yang diperkenalkan iaitu, Lashana Lynch sebagao Ejen 00 baharu, Rami Malek sebagai Safin iaitu penjahat baharu dan Ana de Armas sebagai Paloma – iaitu Ejen CIA.

Baiklah, kita teruskan kenapa filem No Time To Die ini adalah penting. Filem ini akan menyelesaikan plot tergantung dalam filem Spectre. Dalam filem Spectre, Blofeld iaitu penjahat utama bongkar rahsia sebenar mengenai kesemua musuh-musuh Bond. Sebenarnya, kesemua musuh ini bergerak dalam satu organisasi yang sama iaitu di bawah pemantauan organisasi Spectre. Namun dalam Spectre, Blofeld hanya ditamatkan dengan ditangkap oleh MI6 dan bukannya dihukum bunuh atau ditembak mati agar kekejaman beliau berlaku.

Isu di sini adalah, Blofeld tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Madeleine yang belot terhadap beliau. Tidak seperti dalam filem On Her Majesty’s Secret Service, Blofeld bunuh Gadis Bond. Dalam video acah No Time To Die, Bond dilihat sudah hilang kepercayaan terhadap Madeleine. Bond menyatakan yang Madeleine tidak jujur selama ini dan masih ada rahsia yang tidak diberitahu. Teori di sini adalah, Madeleine ada simpan rahsia besar yang berkait dengan Spectre. Disebabkan itu, beliau muncul dalam filem Bond 25 ini dan mungkin akan menjadi kunci plot utama.

Persoalan lain adalah dalam Spectre, James Bond sudah bersara. Tetapi kenapa dalam No Time To Die, beliau kembali beraksi? Selepas kajian demi kajian yang saya lakukan, teori saya kejatuhan Spectre memberi kesan terhadap sekuriti dunia dan Bond terpaksa kembali beraksi. Safin dilihat adalah penjahat utama dalam filem ini yang sangat berdendam dengan Bond. Bond juga dilihat tidak berpuas hati, kerana Safin adalah individu yang beranggapan beliau berkuasa seakan tuhan.

Walaupun selama ini, setiap filem James Bond adalah filem individu dan tidak begitu berkait – kerana setiap pengembaraan, misi dan aksi adalah yang tersendiri. No Time To Die dikatakan adalah penamat dalam dunia James Bond yang dilakonkan Daniel Craig. Disebabkan plot twist dalam Spectre yang menyatakan semua penjahat dalam dunia James Bond adalah di bawah Spectre – tidak masuk akal jika filem Bond 25 ini tidak jelaskan dengan lanjut. Harapnya akan ada penjelasan yang lebih terperinci mengenai hal ini.

Watak yang paling kami ingin tahu adalah Paloma, lakonan Ana de Armas. Adakah beliau Ejen CIA yang jahat atau baik? Adakah beliau gadis BBond yang seterusnya? Jadi, kami di Aksiz mengharapkan yang No Time To Die adalah filem James Bond yang memuaskan. Filem ini perlu membaiki kesilapan dalam Spectre dan terus menutup tirai Daniel Craig sebagai James Bond.

Filem No Time To Die akan ditayangkan pada sekitar awal April 2020.

Leave a Reply