Skip to main content

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2017, konsol permainan video Nintendo Switch boleh dikatakan diantara peranti permainan yang paling popular di dunia.

Peranti Nintendo Switch Lite baru sahaja dilancarkan beberapa minggu yang lalu, dan baru-baru ini, sebuah laporan telah keluar dimana ia melaporkan bahawa sejak ia dilancarkan, peranti Switch asal, Switch yang dikamaskini dan juga Switch Lite telah terjual sebanyak 15 juta unit setakat ini di Amerika Syarikat.

Laporan ini dikeluarkan oleh NPD Group yang menjejak jumlah jualan permainan video di negara tersebut. Ia turut dilaporkan bahawa untuk 10 bulan yang lepas sepanjang 2019, konsol Nintendo Switch merupakan konsol yang paling laris dijual sepanjang tahun ini.

Ia juga mengatakan bahawa 14 permainan Nintendo Switch telah menjual lebih dari 1 juta salinan, dan empat daripadanya telah menjual lebih dari 6 juta salinan. Permainan-permainan tersebut adalah seperti Legend of Zelda: Breath of The Wild, Super Mario Odyssey, Mario Kart 8 Deluxe dan Super Smash Brothers Ultimate.

Leave a Reply