eFootball PES 2020 ialah sebuah permainan video bola sepak yang baru-baru ini dilancarkan oleh syarikat pembangun permainan video Konami.

Hari ini, Konami telah mengumumkan bahawa versi permua permainan tersebut, yang dinamakan eFootball PES 2020 Mobile akan dilancarkan pada 24 Oktober kelak.

Permua tersebut akan dilancarkan pada kedua-dua platform mudah-alih iOS dan Android, dan turut mengumumkan bahawa akses awal kepada permainan tersebut turut dibuka bermula hari ini, sebelum pelancaran rasminya pada minggu hadapan.

Sama seperti versi permainan konsol, versi permua PES 2020 ini turut dibina menggunakan enjin grafik Unreal4, dan akan tiba dengan pasukan-pasukan bola sepak terhebat didunia, seperti Barcelona, Bayern Munich, Juventus dan Manchester United.

Sohor Kini