Informasi Permainan Video Terkini
Stranger Things Musim Ke-4 Diumumkan Secara Rasmi – Tidak Lagi Berlaku Di Hawkins?

Stranger Things Musim Ke-4 Diumumkan Secara Rasmi – Tidak Lagi Berlaku Di Hawkins?

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Stranger Things musim ke-3 bagi kami adalah antara siri TV ataupun siri Netflix terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini, jika anda ingin dengar mengapa kami sertakan video ulasan dan juga sembang beberan mengenainya di bawah.

Jika anda sudah menontonnya, anda mesti ternanti-nanti mengenai berita terbaru untuk musim ke-4, hari ini, Netflix akhirnya memperacah musim baharu tersebut melalui satu video ringkas yang sekadar memperlihatkan nombor 4.

Satu perkara yang menarik adalah video tersebut diakhiri dan juga ditulis di bahagian penerangan yang ‘We’re Not In Hawkins Anymore’ adakah ini bermakna musim ke-4 tidak berlatar tempatkan di Hawkins? Adakah mereka akan ke negara lain ataupun lebih memfokuskan kepada dunia Upside Down?

Namun, buat masa ini masih tiada tarikh ia akan dikeluarkan. Jika apa-apa informasi terbaru dikeluarkan kelak, kami sudah semestinya akan kemaskini.


TIPS & ULASAN