Informasi Permainan Video Terkini
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Memenangi Anugerah ‘Montreal International Film Festival Animation’ 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Memenangi Anugerah ‘Montreal International Film Festival Animation’ 2019

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Montreal International Film Festival Animation atau nama ringkasnya adalah ANIMAZE, adalah festival dan persidangan filem antarabangsa yang meneroka dunia animasi daripada lebih 65 negara yang menghasilkan pelbagai genre animasi. Untuk ANIMAZE 2019, Les’ Copaque iaitu studio tempatan yang menghasilkan Upin & Ipin telah menyertainya.

Festival filem ini diadakan di Montreal, Canada dan mengejutkan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah memenangi salah satu daripada anugerah dalam festival ini. Anugerah yang Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menangi adalah dalam kategori feature film. Untuk pasaran global, nama bahasa Inggeris filem ini adalah Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris.

Ini adalah satu kejayaan yang menakjubkan, kerana filem animasi tempatan mampu memenangi anugerah bertaraf antarabangsa. Walaupun kutipan filem Upin & Ipin terbaru dapat menandingi filem BoBoiBoy Movie 2, ia tetap satu kejayaan yang membanggakan negara. Perlu juga diingatkan yang siri animasi Upin & Ipin adalah yang terawal menjadi animasi 3D tempatan yang mengubah arena animasi 3D di Malaysia.


TIPS & ULASAN