Informasi Permainan Video Terkini
Masalah Prestasi Control Sedang Dikenal Pasti – Penambah-baikkan Akan Hadir Secara Berperingkat
PC

Masalah Prestasi Control Sedang Dikenal Pasti – Penambah-baikkan Akan Hadir Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Control merupakan permainan terbaru oleh Remedy Entertainment, ulasan Aksiz akan hadir tidak lama lagi, namun apa yang kami boleh katakan adalah ia satu permainan yang sangat menarik.

Walaupun-begitu ia tidak hadir dengan tidak bermasalah, pemain dan juga Digital Foundry sendiri telah mengatakan yang permainan tersebut mempunyai prestasi yang tidak baik terutama di konsol-konsol asas untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Konsol PlayStation 4 Pro dan Xbox One X memberikan pretasi yang lebih baik tetapi masalah tetap hadir walaupun tidak secara jelas. Melalui percubaan kami di PC, kelancaran mempunyai kemungkinan untuk menurun dengan mendadak terutama semasa pertempuran.

Melalui satu penulisan di laman rasmi permainan tersebut, Remedy mengatakan sedang mengenal pasti masalah prestasi yang dihadapi, pembangunan kemaskini akan dilakukan tetapi mereka menjangkakan ia akan mengambil masa.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang pemain bakal boleh memilih untuk membuka atau menutup motion blur, sepertimana kesan film grain. Manakala untuk sokongan HDR, mereka mengatakan ia bukan sebahagian daripada perancangan sebaliknya akan memfokuskan untuk menyertakan penambah-baikkan dan mod baharu seperti photo mode.

Control sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada 27 Ogos 2019 lepas.

Sudah-kah anda mencuba Control? Bagaimana prestasi permainan tersebut semasa anda sedang bermain?


TIPS & ULASAN