Informasi Permainan Video Terkini
Tom Holland Akan Kekal Melakonkan Watak Spider-Man Walaupun Filemnya Tidak Berada Dalam MCU

Tom Holland Akan Kekal Melakonkan Watak Spider-Man Walaupun Filemnya Tidak Berada Dalam MCU

Diterbitkan pada Ogos 25, 2019 oleh .

Beberapa hari yang lepas, berita yang agak mengecewakan telah tersebar di seluruh Internet. Spider-Man dikatakan mungkin tidak akan berada lagi dalam MCU. Ini adalah kerana isu perjanjian yang berkait dengan kewangan antara Disney dan Sony.

Tonton Video Temubual Di Laman Web Entertainment Weekly

Semasa acara D23 2019, pasukan Entertainment Weekly sempat menemubual Tom Holland dan Kevin Feige mengenai Spider-Man bagi mendengar jawapan mereka berkaitan hal ini. Menurut Kevin Feige, beliau sudah pun tahu yang Spider-Man berada dalam MCU tidak akan kekal lama. Ini kerana IP Spider-Man adalah milik Sony dan pasti suatu masa akan berlakunya konflik. Tambahan beliau lagi, kisah Spider-Man dalam MCU yang beliau inginkan sudah pun berjaya dan berterima kasih ke atas peluang yang sukar dicapai ini.

Tom Holland pula telah memberikan satu berita baik. Menurut beliau, beliau akan kelak berlakon sebagai Spider-Man. Cuma, filem-filem Spider-Man akan datang akan lebih berbeza dan mereka akan mencari jalan untuk menjadikannya lebih menarik. Sudah lima filem watak Spider-Man muncul dalam MCU; Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, Spider-Man Homecoming, Avengers: Endgame dan yang terbaru Spider-Man: Far From Home.


TIPS & ULASAN