Skip to main content

Pengalaman menonton filem di panggung wayang berbeza dengan menonton di TV yang kecil. Contoh terbaik ialah filem seperti Star Wars. Lord of The Rings dan Godzilla jauh lebih imersif di panggung. Sempena bulan kemerdekaan ini, Tanjung Golden Village Cinemas akan kembali menayangkan lima filem klasik Tan Sri P Ramlee di layar perak.

Filem Anakku Sazali, Labu Labi, Ibu Mertuaku, Madu Tiga dan Nujum Pak Belakang akan ditayangkan di panggung-panggung TGV terpilih. Ini mungkin satu-satunya peluang bagi peminat filem tempatan untuk menonton karya agung Tan Sri P Ramlee di dalam panggung sama seperti yang dinikmati oleh datuk dan nenek mereka lebih enam dekad yang lalu. Waktu tayangan dan panggung yang menayangkan filem-filem ini adalah terhad. Sila ke laman web TGV untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.

Leave a Reply