Skip to main content

The Lion King 2019 adalah filem aksi nyata terbaru Disney yang diolah semula daripada filem animasi The Lion King tahun 1994. Filem ini tidak dinafikan mempunyai jalan cerita yang menarik, kerana hampir keseluruhan filem adalah daripada filem asal. Hanya sedikit sahaja yang dibuang dan kemudian turut terdapat babak baharu. Dari segi muzikal, watak dan pengalaman menonton, segalanya adalah lebih kurang sama.

Dalam laporan Box Office Mojo terkini telah memperlihatkan kutipan buat filem aksi nyata The Lion King ini. Untuk kutipan dunia, filem ini berjaya mengutip melebihi RM3.9 Bilion ($962,675,534). Untuk kutipan di Malaysia pula, filem ini berjaya mengutip melebihi RM9 Juta ($2,296,042). Kutipan di Malaysia ini adalah sehingga 21 Julai lepas.

Antara komen negatif terhadap filem ini adalah, watak-watak haiwan dalam filem ini terlampau realistik. Disebabkan itu, mereka tidak boleh membuat ekspresi wajah untuk memperlihatkan emosi mereka. Nada suara kita boleh tahu yang watak ini sedang marah atau sedih atau juga gembira – tetapi reaksi wajahnya adalah seperti haiwan di dalam rancangan TV National Geographic.

Leave a Reply