Informasi Permainan Video Terkini
Rob Liefeld Mengesahkan Yang Deadpool 3 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Rob Liefeld Mengesahkan Yang Deadpool 3 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Rob Liefeld adalah pencipta watak Deadpool. Sehingga hari ini sudah dua filem Deadpool tiba di pawagam dan ia merupakan satu filem adiwira yang menarik. Ryan Reynolds adalah pelakon buat Deadpool, walaupun versi pertama Deadpool dalam filem X-Men Origins: Wolverine boleh dikatakan gagal – beliau dilihat berjaya berjaya melakonkan watak ini dalam francais filem Deadpool yang berada dalam dunia francais filem X-Men.

Terkini, Rob telah mengesahkan di Twitter yang filem Deadpool akan diteruskan. Ini bermakna, kita akan lihat filem Deadpool 3 tidak lama lagi. Dalam temuramah oleh Comicbook, beliau ditanya kenapa Disney membenarkan filem Deadpool 3 diteruskan dan bukannya diolah semula untuk francais MCU – beliau menjawab yang ini semuanya kerana wang.

Filem Deadpool pertama mendapat kutipan seluruh dunia sebanyak $783.1 Juta dan Deadpool 2 pula mendapat kutipan sebanyak $778.9 Juta. Kedua-dua filem ini mendapat kutipan lebih tinggi berbanding filem MCU seperti Guardians of The Galaxy ($773.3 Juta), Captain America: The Winter Soldier ($714.3 Juta), Dr. Strange ($677.7 Juta), Thor: Darkworld ($644.6) atau juga Iron Man 2 ($623.9).

Sudah tentu yang paling menarik sekali adalah, Ryan Reynolds sudah tentu akan kembali sebagai Deadpool. Rob turut bergurau yang jika mereka ingin cipta sebuah robot Ryan Reynolds agar filem Deadpool boleh diteruskan selama 13 tahun. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN