Jika anda peminat siri animasi Pokemon, anda pastinya tahu bahawa filem terbaru Pokemon the Movie: Mewtwo Strikes Back EVOLUTION akan tiba di pawagam di Jepun tidak lama lagi.
Bersempena dengan filem tersebut, Twitter telah memperkenalkan dua tagar (tanda pagar, hashtag) berdasarkan Pokemon utama didalam filem tersebut, iaitu Mew.
Oleh kerana filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam Jepun dahulu, tagar-tagar ini adalah didalam bahasa Jepun, iaitu #ミュウツーの逆襲 dan juga #ミュウ. Apabila diposkan ke Twitter, kedua-dua tagar ini akan hadir dengan emoji Pokemon Mew didalamnya.
Buat masa ini, tagar tersebut hanyalah didalam bahasa Jepun. Terdapat kemungkinan apabila filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat ataupun negara-negara lain, Twitter akan memperkenalkan tagar didalam bahasa Inggeris pula.