Rekaan askar Empire pada awalnya adalah berwarna putih sebelum rekaan berwarna hitam digunakan oleh juruterbang kapal angka Tie Fighter. Di dalam filem Star Wars : Rise of The Skywalkers kelak, unit aksar terbaru Sith Trooper pula akan diperkenalkan dengan warna merah keseluruhannya.

Ini adalah kali pertama askar First Order dan Imperial menggunakan warna merah pada keseluruhan tubuh. Sebelum ini askar klon dari trilogi prekuel mempunyai catan merah untuk golongan pegawai sahaja dan pengawal keselamatan Emperor turut memakai baju zirah berwarna merah. Tidak banyak diketahui mengenai unit ini dan sama ada Sith Trooper mempunyai kemampuan menggunakan The Force untuk menentang musuh seperti seorang Sith Lord.

Di San Diego Comic Con minggu hadapan, lebih banyak maklumat akan dikongsi ketika panel Lucasfilm. Baju zirah kesemua askar Imperial dan First Order turut akan dipamerkan di acara tersebut. Yang pasti figura Sith Trooper akan dihasilkan oleh Hasbro dan Hot Toys menjelang tayangan filem ke-sembilan siri Star Wars ini.

Sohor Kini