Stranger Things musim ketiga baru sahaja disiarkan dalam masa lima hari. Percaya atau tidak, menurut Netflix siri TV ini telah memecah rekod tontonan mereka. Stranger Things musim ketiga telah ditonton oleh 40.7 Juta akaun dalam masa empat hari sahaja, selepas ia mula disiarkan pada 4 Julai lalu.
Bukan itu sahaja, dalam tempoh lima hari ini juga sebanyak 18.2 Juta akaun telah tamat menonton keseluruhan musim siri TV ini. Jelas di sini, Stranger Things musim ketiga adalah musim yang paling menarik jika dibandingkan dengan musim kedua. Musim ketiga ini boleh dikatakan mempunyai perasaan menonton seperti menonton musim pertama. Ia penuh misteri, pengembaraan dan juga aksi yang menarik.

Stranger Things musim ketiga memfokuskan El, Dustin, Lucas, Will, Mike dan rakan-rakan lain menumpaskan Mind Flayer yang kini berada di dunia nyata dan bukan lagi menyerang dari dimensi lain. Bagi yang belum menontonnya, dengan pantas pergi tonton di Netflix agar anda tidak mendengar atau melihat apa-apa beberan.