Skip to main content

Filem yang membuatkan kami jatuh hati kepada animasi Jepun ialah Akira. Filem anime yang ditayangkan pada tahun 1988 ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita yang lain daripada yang lain tetapi turut memaparkan gaya animasi sakuga yang tidak pernah kami lihat sebelum itu. Di acara Anime Expo yang sedang berlangsung sekarang, Katsuhiro Utomo yang merupakan pelukis manga dan pengarah filem Akira mengumumkan karya beliau akan kembali dalam bentuk anime.

Animasi baharu ini akan dilakukan oleh Sunrise yang turut terlibat menghasilkan animasi Cowboy Bebop, Gundam Seed, Planetes dan Witch Hunter Robin. Buat masa ini Katsuhiro Utomo dan Sunrise masih belum mendedahkan sama ada animasi yang dihasilkan adalah dalam bentuk filem atau siri. Yang pasti ia bukanlah sambungan kepada saga Akira tetapi menceritakan semula Akira dengan mengintegrasikan lebih banyak kandungan dari mangsa asal. Selain filem animasi, Akira juga bakal dihasilkan semula sebagai filem aksi nyata di bawah arahan Taika Waititi.

Leave a Reply