Filem seram Ju-On adalah antara yang berjaya membuatkan kami meremang ketika menontonnya. Sejak tahun 2003, sebanyak 13 filem Ju-On telah dihasilkan dalam Bahasa Jepun dan Inggeris. Tahun hadapan filem The Grudge dalam bahasa Inggeris akan muncul ke layar perak. Memandangkan siri ini amat popular, ia kini akan diadaptasi menjadi rancangan bersiri oleh Netflix.

Imej kerdil untuk siri Ju-On telah muncul dalam senarai Netflix hari ini. Sinopsis yang dipaparkan mendakwa Ju-On adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku sejak empat dekad yang lalu dengan cerita sebenar adalah lebih menakutkan dari filem. Tiada maklumat lain dikongsi. Tetapi bagi mereka yang menggemari genre seram, ini mungkin siri yang boleh ditonton selepas The Haunting on Hill House.