E3 2019 lepas, Rebellion Entertainment mengumumkan permainan seterusnya untuk siri Zombie Army iaitu Zombie Army 4: Dead War di mana ianya dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang awal tahun hadapan.
Menurut Rebellion Entertainment, permainan ini akan memfokuskan penceritaan selepas permainan Zombie Army Trilogy di mana pemain akan bertempur dengan sekumpulan zombi-zombi cebisan selepas mereka membunuh Adolf Hitler.
Zombie Army 4: Dead War merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan bentuk multi-pemain sebanyak 4 pemain. Melaluinya, pemain perlu menahan daripada serangan-serangan zombi secara berperingkat dengan pelbagai jenis senjata dan perangkap.
Selain itu, Rebellion Entertainment juga berkongsi video khas yang memperlihatkan bentuk permainan Zombie Army 4: Dead War dengan lebih lanjut dengan memperlihatkan sebilangan bentuk penembakkan, fungsi-fungsi baharu di campur dengan pelbagai pertempuran zombi yang pemain boleh lakukan.
Menariknya, bentuk tembakan X-ray seperti permainan Sniper Elite juga bakal tiba buat permainan ini. Menariknya, permainan ini juga mempunyai elemen pernaik-tarafan watak yang pemain boleh lakukan untuk mempelajari kemahiran baru.