Informasi Permainan Video Terkini
Read Only Memories: Neurodiver – Permainan Pengembaraan Misteri Seterusnya Oleh MidBoss
PC

Read Only Memories: Neurodiver – Permainan Pengembaraan Misteri Seterusnya Oleh MidBoss

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

Bagi anda yang pernah bermain permainan 2064: Read Only Memories yang dilancarkan beberapa tahun lepas, MidBoss iaitu pembangun permainan tersebut minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan seterusnya berdasarkan siri tersebut iaitu Read Only Memories: Neurodiver.

Menurut Midboss, permainan tersbuet akan dilancarkan pada tahun 2020 ini di PC dan juga Mac. Buat masa ini, versi konsol masih belum diumumkan.

Read Only Memories: Neurodiver akan sekali lagi bertempatkan di dalam dunia 2064: Read Only Memories di bandaraya Neo-San Francisco dengan bertemakan Cyberpunk. Permainan ini akan memperkenalkan pelbagai watak, lokasi dan mekanik permainan baharu di mana pemain berupaya untuk menyelami memori karektor lain dan juga menyelesaikan pelbagai jenis misteri.

Menurut Midboss, permainan ini akan menyertakan pelbagai bentuk pengakhiran berbeza dengan bentuk naratif dan tekaria yang sangat mendalam. Mereka juga menyatakan segala konsep daripada permainan sebelum ini juga masih lagi kekal namun dikembangkan lagi melalui permainan ini.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, nantikan pelancarannya menjelang tahun hadapan.


TIPS & ULASAN