Informasi Permainan Video Terkini
Age Of Wonders: Planetfall Bakal Tiba Ogos Ini Di Konsol Dan PC
PC

Age Of Wonders: Planetfall Bakal Tiba Ogos Ini Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Permainan seterusnya oleh Triumph Studios, iaitu Age Of Wonders: Planetfall kini akhirnya mendapat tarikh pelancaran di mana ianya dijadual untuk tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Ogos 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini. Age Of Wonders: Planetfall merupakan permainan strategi yang memfokuskan pembangunan empayar dan pertempuran taktikal secara turutun di dalam dunia persekitaran sains fiksyen.

Tambahan itu, bersempena dengan acara E3 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka juga memperlihatkan satu video acah baharu di mana ianya menyaksikan pelbagai watak dan unit yang pemain boleh guna ketika bermain permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan bergenre, pastikan anda mendapatkan menjelang Ogos kelak.


TIPS & ULASAN