Skip to main content

Ketika acara Nintendo Direct, Nintendo mempertontonkan video acah baharu buat permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order di mana ianya memperlihatkan beberapa adegan dan bentuk permainan tersebut.

Menariknya, Nintendo juga mengumumkan kandungan pernambahan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Seperti yang kami kongsi sebelum ini, permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order merupakan permainan beraksi secara berpasukan berdasarkan adiwira Marvel.

Melalui acara Nintendo Direct semalam, Marvel memperlihatkan sebilangan adiwira baharu seperti Elsa Bloodstone, Ghost Rider dan juga Elektra. Watak-watak lain yang dikongsikan oleh kami sebelum ini juga diperlihatkan seperti pasukan X-Men, Thanos dan sebagainya.

Menariknya, Nintendo dan Marvel juga memperlihatkan kandungan tambahan yang bakal tiba buat permainan tersebut di mana ianya akan menyertakan kandungan tambahan seperti Marvel Knights, X-Men dan Fantastic Four.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order dibangunkan oleh Team Ninja dan ia bakal dilancarkan secara eksklusif di Switch pada 19 Julai 2019 ini.

Leave a Reply