Filem Adaptasi Uncharted Akan Ke Layar Perak Disember 2020

Penantian untuk filem adaptasi siri Uncharted akan berakhir tahun hadapan. Pihak Sony Pictures telah mengesahkan filem dengan Tom Holland sebagai Nathan Drake ini akan ke layar perak pada 18 Disember 2020. Dengan Tom Holland sebagai watak utama, ini besar kemungkinan akan menunjukkan cerita asal usul Nathan Drake seperti yang dipaparkan di dalam permainan Uncharted 3 : Drake’s Deception.

Filem ini diarahkan oleh Dan Trachtenberg yang sebelum ini mengarah filem 10 Cloverfield Lane dan episode Playtest dari siri Black Mirror. Selain Tom Holland, terdapat ura-ura Brian Cranston akan melakonkan watak Vitor ‘Sully’ Sullivan. Walaupun kami akui teruja dengan premis filem ini, terdapat sedikit kekecewaan kerana Nathan Fillion tidak akan berpeluang memegang watak Drake. Satu-satunya masa beliau memegang watak ini ialah di dalam filem pendek yang dihasilkan peminat tahun lalu.

Sohor Kini