Episod terakhir siri Game of Thrones telah berakhir pada Isnin lalu dengan pelbagai persoalan masih belum terjawab. Ramai yang merasakan pengakhirannya baik walaupun musim kelapan mempunyai jalan penceritaan yang tidak sekata. Bagi peminat GOT di Malaysia, lagu tema siri popular ini telah digubah semula menggunakan alat muzik tradisional Melayu.

Tema digubah semula oleh MK Ridzuan dari Mahakarya Studio menggunakan alat muzik seperti gambus dan rebana. Hasilnya cukup eksotik sekali sehingga membuatkan kami mula memikirkan apakah yang terjadi jika wujud GOT versi Melayu? Mungkin naga boleh digantikan dengan garuda manakala Jon Snow pula berubah nama ke Johan bin Abdullah.

Sohor Kini