Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Akan Memperkenalkan Mod Dan Kostum Berdasarkan Filem John Wick

Fortnite Akan Memperkenalkan Mod Dan Kostum Berdasarkan Filem John Wick

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Dengan musim kesembilan, Fortnite dilihat memperkenalkan banyak kandungan baru untuk para pemainnya, dan diantara kandungan tersebut nampaknya berdasarkan sebuah filem aksi yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh dunia.

Tajuk filem aksi tersebut ialah John Wick dan Fortnite nampaknya bakal hadir dengan sebuah mod baru yang dinamakan Wick’s Bounty. Butiran yang dilombong daripada kod permainan Fortnite memberi sedikit maklumat mengenai mod permainan ini.

Wrap/Umbrella seem to be encrypted still pic.twitter.com/2BCsGSLCRc— Lucas7yoshi_ // Fortnite Leaks & News (@lucas7yoshi_) May 15, 2019

Didalam mod ini, semua pemain akan mengumpul token emas, dan sepanjang permainan tersebut, pemain yang mempunyai jumlah token terbanyak akan ditanda di atas peta untuk diburu oleh para pemain lain. Apabila seorang pemain telah dibunuh tiga kali, mereka akan tewas secara tetap dan perlu meninggalkan permainan tersebut.

Bukan itu sahaja, kostum John Wick turut diperlihatkan, dan kali ini, ia benar-benar kelihatan seperti watak tersebut yang dimainkan oleh Keanu Reeves. Terdapat kebarangkalian bahawa seperti banyak kostum yang hadir pada permainan tersebut, anda akan perlu membelinya menggunakan V-Bucks.


TIPS & ULASAN