Jika anda membesar pada zaman 90an, anda pastinya mengenali filem-filem Mortal Kombat dan Mortal Kombat Annihilation yang berasaskan permainan video dengan tajuk yang sama.

Nampaknya filem Mortal Kombat terbaru akan mula difilemkan pada tahun ini, dan buat masa ini, ia disahkan bahawa James Wan (Aquaman, The Conjuring) akan menjadi penerbit filem tersebut, manakala
untuk Simon McQuoid, ini adalah filem pertama yang akan diarah oleh beliau.

Pra-produksi dikatakan akan bermula pada bulan ini, dan penggambaran akan bermula tidak lama kemudian di beberapa lokasi di sekitar Australia. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi nama-nama pelakon yang akan membintangi filem aksi ini.

Sohor Kini