PUBG Mobile Di China Kini Dikenali Sebagai Game For Peace

Tencent, syarikat yang memiliki hak untuk memasarkan permainan PUBG Mobile di China baru-baru ini telah dilihat menarik semula permainan tersebut kerana dikhuatiri terlalu ganas untuk mainan umum.

Walaupun begitu, Tencent nampaknya cepat menggantikannya dengan permainan baru yang dinamakan Game For Peace yang dilihat merupakan sebuah permainan yang seakan-akan sama seperti PUBG Mobile sebelum ini.

Menurut mereka yang telah mula bermain permainan Game For Peace ini, Tencent nampaknya telah mengalihkan data para pemain PUBG Mobile di China kedalam permainan baru tersebut, yang bermakna para pengguna yang telah membelanjakan wang pada permainan ini tidak akan berasa rugi.

Ia juga dikatakan bahawa satu-satunya perbezaan diantara PUBG Mobile dan Game For Peace ini ialah apabila pemain ditewaskan, mereka tidak akan mati, sebaliknya akan bangun kembali, dan melambai kepada pemain yang menewaskan mereka.

Sohor Kini