Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Store Akan Menghentikan Permainan Eksklusif Jika Steam Mengikut Perkongsian Pendapatan Mereka
PC

Epic Games Store Akan Menghentikan Permainan Eksklusif Jika Steam Mengikut Perkongsian Pendapatan Mereka

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Pengasas Epic Games Tim Sweeney mengatakan Epic Games Store akan berhenti untuk cuba mendapatkan permainan secara eksklusif bagi kedai dalam talian mereka jika Steam mengikut perkongsian pendapatan mereka.

Epic Games Store menggunakan model perkongsian pendapatan 88% untuk penerbit dan 12% untuk mereka, manakala Steam menggunakan model 70% untuk penerbit dan 30% untuk mereka (80/20 untuk permainan yang mendapat kutipan melebihi RM207 juta).

Tambah beliau lagi, jika Steam menggunakan model perkongsian tersebut tanpa sebarang syarat yang ketat, mereka sendiri akan menyertakan permainan di Steam. Bagi beliau, ia akan menjadi satu yang baik untuk industri permainan video PC.


TIPS & ULASAN