Skip to main content

Nintendo ialah salah satu daripada syarikat permainan video yang terbesar di dunia, dan konsol Nintendo Switch mereka boleh dikatakan salah sebuah peranti permainan video yang paling laku oleh mereka.

Walaupun begitu, peraturan yang ketat tidak membenarkan mereka untuk menjual peranti-peranti mereka di negara China, dimana penjualan benda-benda seperti ini memerlukan lesen yang hanya diberikan kepada beberapa syarikat pengedar sahaja.

Baru-baru ini, Tencent, syarikat permainan video yang terbesar di China telah diberi lesen untuk menjual konsol-konsol Nintendo Switch di negara tersebut, dan untuk kedua-dua syarikat ini, gabungan ini boleh dikatakan sebuah habuan yang besar untuk masing-masing.

Bagi Nintendo, kerjasama dengan Tencent ini membolehkan mereka memasuki salah sebuah pasaran gaming yang terbesar di dunia, manakala untuk Tencent pula, ia memberikan pandangan yang cukup positif kepada syarikat tersebut yang dikatakan sedang bergelut dengan isu dimana mereka dikatakan banyak “meniru” rekaan permainan yang lain.

Kerjasama diantara Tencent dan Nintendo ini masih dikatakan pada tahap permulaan buat masa ini. Mereka masih perlu berbincang mengenai cara menjual perisian permainan-permainan konsol Switch, dari segi jualan fizikal dan juga atas talian.

Leave a Reply