Skip to main content

Pada November hadapan perkhidmatan penstriman video Disney+ akan dilancarkan dengan lebih 500 filem dan 3700 episod siri TV. Semasa Disney+ diumumkan, pihak Disney berkata keseluruhan katalog filem yang siri yang pernah mereka terbitkan boleh distrim pada hari pertama kepada semua. Tetapi nampak satu karya klasik mereka akan disunting manakala satu lagi akan diharamkan terus.

Filem animasi asal Dumbo akan disunting bagi membuang babak burung gagak yang kini boleh dianggap rasis kerana kelihatan seperti watak stereotaip orang-orang berkulit hitam. Song of The South pula diharamkan kerana ia sebuah filem yang dilabel sebagai pro-perhambaan yang diterbitkan pada tahun 1946. Song of The South tidak pernah dijual kepada umum di Amerika Syarikat kerana bimbang ia menimbulkan kemarahan golongan minoriti.

Filem ini walau bagaimanapun ditawarkan dalam format VHS, LaserDisc dan DVD di pasaran Asia dan Eropah sebelum ini. Anda mungkin tidak pernah menonton Song of The South tetapi jika anda dari golongan generasi X, kami yakin lagu Zip-A-Dee-Doo-Dah pernah anda dengari. Ia adalah antara lagu yang dipaparkan di dalam Song of The South dan digunakan pembukaan rancangan Disney ketika dekad 80an.

Leave a Reply