Konsep kecerdasan buatan menentang pesaing manusia bukanlah sesuatu yang baru. Misalnya, mesin kecerdasan buatan Deep Blue telah berlawan dan menang menentang juara dunia dalam permainan catur, Garry Kasparov, dan AlphaGo menentang Lee Sedol di dalam perlawanan Go.

OpenAI ialah sebuah mesin kecerdasan buatan yang telah dimuatkan dengan data dan diajar cara-cara untuk bermain permainan DoTA 2 dengan cekap.

Baru-baru ini, OpenAI Five dikatakan telah menewaskan pasukan juara dunia DoTA 2, OG yang telah memenangi pertandingan The International pada tahun lepas.

OpenAI Five dan OG bertarung didalam sebuah perlawanan persahabatan melalui format best of three, dan selepas jangkamasa yang sangat pendek, OpenAI Five dilihat menewaskan pasukan OG dengan mudah sekali.

Bermula 18 April hingga 22 April kelak, orang ramai boleh mencuba nasib untuk berlawan dengan OpenAI Five ini, dimana selepas tarikh tersebut, ia tidak lagi akan digunakan untuk berlawan dengan manusia secara terbuka.

Sohor Kini