Skip to main content

Dengan permainan-permainan popular seperti Metro Exodus dan Borderlands 3 berada di platform penjualan permainan atas talian Epic Game Store untuk jangkamasa yang lama, ramai peminat permainan-permainan tersebut meninggalkan ulasan negatif di platform Steam kerana ramai yang tidak ingin membeli permainan tersebut melalui Epic Store.

Masalah dengan ulasan-ulasan negatif ini ialah ia merosakkan skor keseluruhan permainan-permainan yang tidak ada kaitan dengan permainan yang sedang diperkatakan.

Oleh itu, Steam telah memperkenalkan sebuah ciri baru yang dinamakan Off Topic Review yang membolehkan pengguna untuk meninggalkan mesej ataupun ulasan tanpa merosakkan skor permainan sedia ada.

Menurut akaun Twitter @steam_db pula, permainan Borderlands 2 dikatakan tajuk permainan pertama yang menggunakan ciri ini untuk mengekang isu yang disebutkan sebelum ini. Dikatakan bahawa lebih 4000 ulasan negatif dialihkan kepada bahagian Off Topic Review untuk memulihkan kembali penarafan awalnya.

Leave a Reply