Skip to main content

Apabila permainan Call of Duty: Black Ops 4 dilancarkan, ia juga turut hadir dengan sebuah mod baru yang dinamakan Blackout yang merupakan sebuah mod battle royale khusus untuk permainan tersebut.

Ia menerima pujian kerana hadir dengan kualiti yang cukup bagus, dan mekanik permainan yang menyeronokkan. Terkini, nampaknya permainan tersebut bakal menerima peta Blackout kedua yang direka berdasarkan peta penjara Alcatraz.

Apa yang menarik mengenai peta Blackout terbaru ini ialah kerana ia dibina berdasarkan peta membunuh zombi Mob of The Dead, peta Blackout ini juga bakal hadir dengan zombi-zombi yang boleh anda tembak, selain daripada pemain-pemain yang lain.

Menurut Activision, peta Blackout ini akan tiba pada 2 April, dan boleh dimainkan sehingga penghujung bulan April, dan akan tiba untuk konsol Sony PlayStation 4 terlebih dahulu, sebelum ia tiba untuk platform Microsoft Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply