Informasi Permainan Video Terkini
Anthem Menerima Sokongan Untuk Teknologi Grafik NVIDIA DLSS
PC

Anthem Menerima Sokongan Untuk Teknologi Grafik NVIDIA DLSS

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Anthem ialah salah satu permainan aksi terbaru keluaran Bioware dan EA, dan kini sedang mengalami pelbagai krisis mengenai cara permainannya berfungsi.

Walaupun begitu, ia tidak menghalang mereka daripada memperkenalkan ciri-ciri baru untuk permainan tersebut, dan nampaknya ciri Deep Learning Super Sampling (DLSS) daripada NVIDIA adalah salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Menurut NVIDIA, ciri DLSS ini boleh digunakan pada dua resolusi buat masa ini. Untuk kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080, RTX 2070 dan RTX 2060, ciri ini boleh digunakan pada resolusi
 2560×1440, manakala pada resolusi 4K (3840×2160) pula, ciri ini boleh digunakan oleh semua kad didalam siri NVIDIA GeForce RTX.

Dalam pada itu, ciri NVIDIA Highlights juga diperkenalkan untuk permainan Anthem, dimana mereka yang ingin menyunting video pendek yang memperlihatkan pencapaian mereka didalam permainan tersebut, termasuklah:

  • Apex Kill – Membunuh musuh Apex
  • Boss Kill – Membunuh musuh boss
  • Legendary Kill – Membunuh musuh Legendary
  • Multi Kill – Membunuh sekurang-kurangnya 8 musuh dalam 10 saat.
  • Overlook – Mengambil gambar apabila anda berinteraksi dengan lokasi Overlook
  • Tomb Discovery – Menemui kubur di dalam makam

Bagi mereka yang masih lagi bermain permainan Anthem pada platform komputer, dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX, NVIDIA juga menyatakan bahawa dengan teknologi DLSS, pemain boleh mendapatkan prestasi setinggi 40 peratus berbanding dengan pengolahan grafik yang biasa.


TIPS & ULASAN